Simpanan Emas sebagai Dana Kecemasan 3 Bulan Gaji




                                  

70% daripada penyimpan akaun emas GAP Public Gold tujuannya adalah untuk mengumpul simpanan dana kecemasan mereka. Mereka tahu dana kecemasan perlu ada untuk 3-6 bulan gaji. Kenapa simpan dalam bentuk emas, tak biar dalam bentuk wang tunai?

Dalam jangka masa panjang nilai emas akan naik lebih tinggi. Selain itu, emosi simpan emas lebih selamat berbanding simpan wang tunai. Kalau dalam akaun bank atau bentuk wang tunai, memang akan ada bisikan-bisikan halus sampai ke telinga. Suruh belanja atau gunakan dulu dana kecemasan. Tambahan zaman sekarang, semua urusniaga jual beli adalah di hujung jari. Sekali klik, mengalir keluar duit dari akaun bank..

Bagaimana nak kira berapa gram perlu anda kumpul?

Katakan gaji pokok sebulan RM2000. Kalau dibahagi dengan RM200 (andaikan harga segram emas pada waktu itu), maka gaji bulanan anda bersamaan dengan 10 gram.

Jadi, 3 bulan gaji bersamaan 30 gram emas. Justeru, terpulang pada anda nak simpan 1gram sebulan ke atau 2g sebulan. Matlamatnya ialah kumpul 30 gram dulu.

Untuk bisnes juga sama, tapi amaun yang selamat ialah minima 6 bulan pendapatan sebulan. Kenapa berbeza? Kekadang dalam bisnes, payment period lepas 2 bulan baru dapat dari klien. Haa begitu.

Kenapa perlu tukar jadi emas?

Tengok graf bawah. Hari ni dah masuk tahun 2020, harga segram emas dah RM210. Lebih dari 100% kenaikan dari tahun 2010.


Kalau anda simpan 100 gram emas sebagai dana kecemasan pada tahun 2012, belian pada ketika itu sekitar RM13000. Hari ini 17/2/2020 harga 100 gram emas yang sama dah naik sangat tinggi iaitu RM22100. Agak-agak nak jual ke tak??kalau belum diperlukan, buat apa nak jual.

  

Ini adalah salah satu contoh matlamat orang simpan emas buat. Anda juga sama?

Tahniah!!!

Kepada yang belum dan nak mulakan simpanan Emas, boleh whatsapp saya untuk saya bantu:

wasap.my/60122728764/SayaNakMulaSimpanEmas


Herliana Hassan

Tampung masalah kebocoran Simpanan dengan Emas

Sebelum buat keputusan tentang kewangan, tak salah sekiranya kita nak tanya orang lain macam ayah, mak, kakak atau abang .Cuma pastikan tanya mereka yang betul. Bukan alasan mereka lebih tua. Tapi, sebab mereka lebih berilmu dalam hal ini.

Orang yang lebih berusia, tidak semestinya ada lebih pengalaman untuk uruskan kewangan dengan baik. Orang yang lebih tua, tidak semestinya lebih berilmu dalam hal ehwal pelaburan.

Jom dengar seminar FB Live "Tampung masalah kebocoran Simpanan dengan Emas" pada 19 Mei 2020 jam 9:45 malam (selepas Terawih). Topik yang akan dikongsikan melibatkan masalah semua orang. Tambahan pula dalam tempoh PKP ini, baru ramai org sedar sekiranya tiada dana kecemasan, mereka akan susah..Orang yang kerja makan gaji mungkin tiada masalah kerana gaji tetap masuk. Tapi bagi mereka yang buat bisnes sendiri atau yang mengharapkan komisyen jualan, bisnes yang dia joint venture tidak dapat hasilkan income..



Tekan link: https://www.facebook.com/hafizul.hakim.999 dan SET SEE FIRST.

Nantikan promosi belian semua jenis emas fizikal dari Public Gold secara Shariah EPP10 termasuk:

- 1 Dinar EPP10 - cuma RM110/sebulan 

- 10 gram EPP10 - cuma RM260 sebulan

 (Easy Payment Purchase: bayar 10 kali, habis bayar boleh collect emas fizikal di mana-mana cawangan Public Gold)




Bagi anda yang kali pertama nak beli emas dari Public Gold boleh terus mesej saya di talian 0122728764 untuk daftar nama. Pada malam seminar 19hb nanti mudah staff Public Gold terus create sales order EPP10 untuk anda. 

Dua minggu lepas ramai hampa sebab terlepas pandang promosi. Mana taknya, lebih 300 orang tonton dan malam itu saja sales lebih dari RM150,000. 

Untuk elakkan perkara ini berulang, saya buat hebahan awal. 

Klik 

Herliana Hassan
Dapatkan lebih banyak bacaan ilmu tentang simpanan emas patuh shariah di herlianahassan.blogspot.com

Kelebihan Gold Accumulation Program (GAP)

Bagi anda yang yang mahu berjinak dengan emas, pembelian melalui Gold Accumulation Program (GAP) ialah paling sesuai dengan anda. 

Dengan akaun GAP Public Gold ada 11 kelebihan:

  1. Anda boleh bermula RM100 (0.39g) sahaja.
  2. Anda boleh jual/beli/pajak emas secara online.
  3. 100% emas dalam akaun mempunyai sokongan emas fizikal.
  4. Menyediakan perkhidmatan penghantaran emas terus ke rumah anda.
  5. Simpanan emas dalam GAP ialah PERCUMA.
  6. Urusniaganya Patuh Syariah. Rujuk disini Penjelasan PATUH SHARIAH
  7. Gold bar emas lebih murah dari kedai emas
  8. Tiada had maksimum belian.
  9. Tiada had masa untuk simpan.
  10. Tiada syarat wajib beli setiap bulan
  11. Emas boleh dikeluarkan untuk simpanan sendiri

Harga Emas 15 Mei 2020
Harga Emas 15 Mei 2020

Harga emas naik RM4 segram malam tadi selepas pengumuman kadar pengangguran di Amerika Syarikat yang semakin meningkat iaitu seramai 2.98 juta orang. Lebih tinggi dari jangkaan 2.5 juta orang kehilangan kerja. 

Secara fundamental, semakin parah ekonomi US, harga emas jadi makin tinggi.

Selagimana vaksin belum ditemui, satu dunia ‘affected’ ekonomi maka harga emas terus tinggi. 

Nak mula sekarang atau tunggu harga RM300 segram, terpulang dengan masing-masing.



Bertindak segera sebelum harga emas naik lagi!!!


Hubungi saya terus untuk buka akaun GAP


Prinsip Asas Sebagai Penyimpan Emas

3 PRINSIP ASAS sebagai penyimpan emas dengan jiwa dan minda yang merdeka:

1.  Tukar mindset yang emas bukanlah dibeli sebaliknya duit hanya DIALIHKAN dan  ditukarkan          menjadi EMAS

2.  Tetap SENYUM apabila Harga Emas turun & naik
        Apabila harga emas TURUN, anda nampak peluang untuk TAMBAH EMAS
        Apabila harga emas NAIK, anda nampak emas yang disimpan semakin BERHARGA

3.  Iktiraf emas sebagai SATU SIMPANAN dahulu. Dalam kita menyimpan, kita sebenarnya sedang               membuat PELABURAN.

Membeli emas bukan sahaja anda menyimpan tetapi pada masa yang sama anda juga melabur. Oleh itu adalah sangat penting untuk mengetahui cara yang betul dalam memaksimumkan keuntungan dengan cara meminimumkan kos untuk mempercepatkan tempoh mengaut keuntungan.

"ORANG SIMPAN EMAS SEBAB ADA ILMU, BUKAN SEBAB DIA KAYA ATAU BANYAK DUIT"

Fitrah DUIT seronok DIBELANJA, manakala fitrah EMAS seronok DIMILIKI.
Oleh itu, melakukan sesuatu yang bertentangan dengan fitrah menuntut pengetahuan, keazaman dan disiplin yang tinggi.

Kenapa perlu bersusah payah menentang naluri apabila kita boleh sahaja mengikutnya dengan hanya mengubah tabiat berbelanja suatu yang hangus kepada berbelanja membeli emas. Secara tidak langsung anda dapat memiliki aset tanpa perlu mengorbankan keseronokan berbelanja.


"PENYIMPAN Emas menjana keuntungan dalam jangka masa panjang, manakala PELABUR Emas menjana keuntungan dalam jangka masa pendek.

Anda nak mula simpan Emas?Klik disini,

Herliana Hassan
PG00214794


Penjelasan Sijil Patuh Shariah Public Gold

Ada orang minta penjelasan mengenai isu patuh shariah bagi pembelian Emas/Perak Public Gold secara 𝙀𝙖𝙨𝙮 𝙋𝙖𝙮𝙢𝙚𝙣𝙩 𝙋𝙪𝙧𝙘𝙝𝙖𝙨𝙚 (EPP). Boleh ke buat pembelian melalui kaedah EPP4 atau EPP10?

Ada dua bentuk penjelasan yang saya ingin berikan.

  1. Penjelasan untuk orang awam @ masyarakat marhein.
  2. Penjelasan untuk orang yang pakar di dalam bidang mualamat (Muamalat itu adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia).

1.  𝐏𝐞𝐧𝐣𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐰𝐚𝐦.

Orang awam ni maksudnya orang yang tidak belajar dalam bidang shariah. Dia bergantung kepada ilmu orang yang lebih pakar dalam membuat keputusan. Untuk orang awam, urusniaga belian secara 𝙀𝙖𝙨𝙮 𝙋𝙖𝙮𝙢𝙚𝙣𝙩 𝙋𝙪𝙧𝙘𝙝𝙖𝙨𝙚 ini telah disahkan patuh shariah oleh penasihat shariah Public Gold iaitu Amanie Advisors https://amanieadvisors.com/

Amanie Advisors adalah salah sebuah syarikat konsultan yang menawarkan khidmat dalam bidang shariah. Ia diterajui oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, seorang pakar di dalam bidang shariah. Beliau menjadi sumber rujukan samada di dalam mahupun di luar negara.

Amanie Advisors bertanggungjawab menasihati dan menyediakan SOP yang perlu diikuti oleh Public Gold agar selari dengan kehendak shariah. Kemudian apabila Public Gold mengikut SOP tersebut maka Public Gold mendapat sijil patuh shariah untuk urusniaga tersebut.

Saya sertakan sijil ini Letter of Certificate  bukti kepatuhan shariah sebagai rujukan anda (rujuk gambar). 

2.  𝐏𝐞𝐧𝐣𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐡𝐥𝐢.

Prinsip shariah yang digunakan untuk urusan belian secara EPP adalah seperti berikut:

  1. Apabila membuat order, itu adalah proses mengunci harga emas yang ingin dibeli. Ini dipanggil ‘𝒘𝒂’𝒂𝒅’ atau persetujuan untuk membeli emas/perak pada harga tertentu.
  2. Setelah mengunci harga, pembeli akan membuat pembayaran secara berperingkat-peringkat kepada Public Gold. Pembayaran yang dibuat secara bulanan ini dianggap sebagai deposit sekuriti. Ia dipanggil ‘𝑯𝒂𝒎𝒊𝒔𝒚 𝑱𝒊𝒅𝒅𝒊𝒚𝒚𝒂𝒉’.

Pembayaran ini bukanlah bayaran ansuran untuk belian emas. Sepanjang proses pembayaran tidak berlaku sebarang akad jual beli di antara Public Gold dan pembeli.

Setelah pembeli menyelesaikan semua pembayaran deposit sekuriti, maka pembeli boleh datang ke cawangan Public Gold untuk mengambil emas/perak yang dikunci harga oleh pembeli berkenaan.

Pada waktu ini barulah dianggap pembeli menyerahkan semua deposit sekuriti sebagai bayaran belian emas/perak kepada Public Gold dan Public Gold akan menyerahkan emas/perak tersebut kepada pembeli.

Waktu inilah akad jual beli akan berlaku. Emas/perak akan bertukar tangan di Cawangan Public Gold dan Public Gold akan mengeluarkan resit bayaran kepada pembeli.

Semoga penjelasan ini membuatkan anda yakin untuk berjual beli dengan Public Gold.

           Wallahu a'lam 





Gadai emas atau pinjam duit orang


Gadai emas sendiri jauh lebih baik dari berhutang dengan orang. Banyak kes pinjam duit orang, lepas tu tak dapat balik duit. Malahan whatsapp pun kena block. 

Orang yang simpan emas, dia tahu bahawa dia sebenarnya ada dua pilihan jika perlukan wang:

1) Jual terus emas 
2) Gadai di Ar-Rahnu untuk dapatkan pinjaman wang tunai berjumlah 70% dari nilai semasa emas. Nanti dah dapat duit, dia pasti akan usaha untuk tebus semula emas tu. 

Kenapa gadai emas, tak gadai benda lain? 

Cubalah gadai tanah atau rumah, tengok berapa lama baru dapat duit. Haa gitu.. Ada banyak lagi rahsia emas orang tak tahu. 

#TravelogEmas

Apa Beza Emas Dijual Public Gold Dengan Kedai Emas?



Kali ini saya nak terangkan beza antara Public Gold dengan kedai emas. Saya akan cuba huraikan agar anda jelas dan sekiranya ada apa-apa kemuyskilan, sila tinggalkan komen di bawah.

Pertama sekali anda mesti faham ada DUA tujuan beli emas iaitu sebagai perhiasan dan pelaburan.

a. Emas perhiasan: gelang, cincin, rantai. 
b. Pelaburan/Simpanan: jongkong emas dan dinar emas. 

Oleh itu, beza Emas Public Gold dengan kedai Emas ialah:

1. Public Gold menjual emas untuk pelaburan.

Produk yang dijual di kedai emas seperti Poh Kuong, Wah Chaen dan Habibi Jewels lebih bertumpu kepada menjual barang kemas (jewellery) dengan pelbagai design barang kemas mengikut trend sekarang. 

Oleh yang demikian, kedai emas mengenakan kos upah (workmanship cost) ke atas semua barangnya. Kos upah inilah yang dimanipulasikan oleh tuan punya kedai emas itu dan ia sedikit mahal. 

Kalau harga emas turun, mereka menaikkan kos upah, manakala kalau harga emas naik, diorang turunkan kos upah. Katanya bagi discount. 

Kedai emas yang untung bukan pembeli. Boleh faham setakat ni kan?

Selepas April 2014, semua kedai emas di Malaysia mengenakan GST 6% (hanya emas pelaburan yang memiliki pengiktirafan dari London Bullion Market Association sahaja tidak dikenakan GST).

Harga Kedai Emas: Harga emas + Workmanship Cost + GST.

Public Gold pula menjual jongkong emas dan dinar dengan tiada kos upah dan tidak dikenakan GST. 

Bermakna anda jimat 6%. Anda hanya bayar harga semasa emas dengan kos premium (mengikut produk).

Bagi tujuan perhiasan, Public Gold juga ada menjual barang kemas melalui Aurora Italia. Emas 18 karat dan mempunyai 3 jenis gelang AURORA ITALIA (emas kuning), Aurora Blanc (emas putih) dan Gelang Leather.


2. Public Gold ikut harga emas semasa dunia. Kedai emas ikut harga FGJAM (Persatuan emas Malaysia).

Untuk pengetahuan anda, kedai emas guna harga yang dikeluarkan oleh FGJAM (Faderation of Goldsmiths and Jewellers Association of Malaysia).

Harganya lebih mahal dari harga emas Public Gold. Anda boleh bandingkan harga yang terpampang di dinding kedai emas dengan harga Public Gold.

Sebab tu kalau harga emas dunia jatuh, dealer Public Gold je sibuk umum di facebook. 

Di kedai emas pula, harga masih kekal – malah mereka tak tahu pun harga emas naik ke turun.

Nota: Harga per gram di kedai emas RM200/gram manakala Public Gold kini RM178/gram.


3. Jual semula emas di Kedai Emas Merugikan Orang Ramai

Public Gold menawarkan belian balik semua produknya sama ada jongkong dan dinar emas. 

Katakan suatu hari nanti anda nak jual semula emas, boleh rujuk harga “PG Buy” di website Public Gold. 

Harga jualan semula emas Public Gold sangat kompetitif (spread margin kecil) dan trade-in juga diterima.

Di Kedai emas, kalau nak juak balik emas biasanya dikenakan potongan antara 20% hingga 40% daripada nilai semasa emas. 

Di Brunei Darussalam jika jual semula emas di kedai, mereka akan tolak 40% hingga 50% dari harga semasa. 

Sekiranya gold bar ada calar, bengkok dan sebagainya, potongan yang lebih dikenakan.


4. Public Gold adalah perniagaan jual beli emas 24-jam.

Public Gold menjalankan perniagaan jual beli emas dan dinar secara online 24 jam . 

Apa yang saya maksudkan adalah, anda boleh membeli emas pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Anda boleh “lock” harga dengan dealer Public Gold seperti saya pada bila masa yang anda fikir sesuai dengan merujuk kepada laman web www.publicgold.com.my.

Sekarang Public Gold juga memiliki APPS yang boleh di download menerusi Android dan juga Apple Store.

Itulah serba sedikit yang dapat saya ulas berkenaan perbezaan kedai emas dengan Public Gold. 

Sebenarnya memang banyak lagi perbezaan yang saya fikir lebih memihak kepada pembeli, bukannya penjual.

Saya akan cuba dan terus menerangkan berkenaan Public Gold sebagai salah satu cabang pelaburan yang menguntungkan. 

Yang paling utama, pastikan sekiranya anda beli emas, sememangnya emas yang anda dapat dalam tangan.



Nak beli emas sebagai tabung kecemasan 3 bulan gaji atau dana pendidikan anak, klik: 

Panduan untuk Pengambilan stok Emas di Cawangan Public Gold

Book an appointment for stock collection  Anda yang dah habis buat pembayaran, boleh terus buat appointment secara online dengan menekan lin...