3 PRINSIP ASAS sebagai penyimpan emas dengan jiwa dan minda yang merdeka:
1. Tukar mindset yang emas bukanlah dibeli sebaliknya duit hanya DIALIHKAN dan ditukarkan menjadi EMAS
2. Tetap SENYUM apabila Harga Emas turun & naik
Apabila harga emas TURUN, anda nampak peluang untuk TAMBAH EMAS
Apabila harga emas NAIK, anda nampak emas yang disimpan semakin BERHARGA
3. Iktiraf emas sebagai SATU SIMPANAN dahulu. Dalam kita menyimpan, kita sebenarnya sedang membuat PELABURAN.
Membeli emas bukan sahaja anda menyimpan tetapi pada masa yang sama anda juga melabur. Oleh itu adalah sangat penting untuk mengetahui cara yang betul dalam memaksimumkan keuntungan dengan cara meminimumkan kos untuk mempercepatkan tempoh mengaut keuntungan.
"ORANG SIMPAN EMAS SEBAB ADA ILMU, BUKAN SEBAB DIA KAYA ATAU BANYAK DUIT"
Fitrah DUIT seronok DIBELANJA, manakala fitrah EMAS seronok DIMILIKI.
Oleh itu, melakukan sesuatu yang bertentangan dengan fitrah menuntut pengetahuan, keazaman dan disiplin yang tinggi.
Kenapa perlu bersusah payah menentang naluri apabila kita boleh sahaja mengikutnya dengan hanya mengubah tabiat berbelanja suatu yang hangus kepada berbelanja membeli emas. Secara tidak langsung anda dapat memiliki aset tanpa perlu mengorbankan keseronokan berbelanja.
"PENYIMPAN Emas menjana keuntungan dalam jangka masa panjang, manakala PELABUR Emas menjana keuntungan dalam jangka masa pendek.
Anda nak mula simpan Emas?Klik disini,
Herliana Hassan
PG00214794
No comments:
Post a Comment