Ada orang minta penjelasan mengenai isu patuh shariah bagi pembelian Emas/Perak Public Gold secara 𝙀𝙖𝙨𝙮 𝙋𝙖𝙮𝙢𝙚𝙣𝙩 𝙋𝙪𝙧𝙘𝙝𝙖𝙨𝙚 (EPP). Boleh ke buat pembelian melalui kaedah EPP4 atau EPP10?
Ada dua bentuk penjelasan yang saya ingin berikan.
- Penjelasan untuk orang awam @ masyarakat marhein.
- Penjelasan untuk orang yang pakar di dalam bidang mualamat (Muamalat itu adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia).
1. 𝐏𝐞𝐧𝐣𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐰𝐚𝐦.
Orang awam ni maksudnya orang yang tidak belajar dalam bidang shariah. Dia bergantung kepada ilmu orang yang lebih pakar dalam membuat keputusan. Untuk orang awam, urusniaga belian secara 𝙀𝙖𝙨𝙮 𝙋𝙖𝙮𝙢𝙚𝙣𝙩 𝙋𝙪𝙧𝙘𝙝𝙖𝙨𝙚 ini telah disahkan patuh shariah oleh penasihat shariah Public Gold iaitu Amanie Advisors https://amanieadvisors.com/
Amanie Advisors adalah salah sebuah syarikat konsultan yang menawarkan khidmat dalam bidang shariah. Ia diterajui oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, seorang pakar di dalam bidang shariah. Beliau menjadi sumber rujukan samada di dalam mahupun di luar negara.
Amanie Advisors bertanggungjawab menasihati dan menyediakan SOP yang perlu diikuti oleh Public Gold agar selari dengan kehendak shariah. Kemudian apabila Public Gold mengikut SOP tersebut maka Public Gold mendapat sijil patuh shariah untuk urusniaga tersebut.
Saya sertakan sijil ini Letter of Certificate bukti kepatuhan shariah sebagai rujukan anda (rujuk gambar).
2. 𝐏𝐞𝐧𝐣𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐡𝐥𝐢.
Prinsip shariah yang digunakan untuk urusan belian secara EPP adalah seperti berikut:
- Apabila membuat order, itu adalah proses mengunci harga emas yang ingin dibeli. Ini dipanggil ‘𝒘𝒂’𝒂𝒅’ atau persetujuan untuk membeli emas/perak pada harga tertentu.
- Setelah mengunci harga, pembeli akan membuat pembayaran secara berperingkat-peringkat kepada Public Gold. Pembayaran yang dibuat secara bulanan ini dianggap sebagai deposit sekuriti. Ia dipanggil ‘𝑯𝒂𝒎𝒊𝒔𝒚 𝑱𝒊𝒅𝒅𝒊𝒚𝒚𝒂𝒉’.
Pembayaran ini bukanlah bayaran ansuran untuk belian emas. Sepanjang proses pembayaran tidak berlaku sebarang akad jual beli di antara Public Gold dan pembeli.
Setelah pembeli menyelesaikan semua pembayaran deposit sekuriti, maka pembeli boleh datang ke cawangan Public Gold untuk mengambil emas/perak yang dikunci harga oleh pembeli berkenaan.
Pada waktu ini barulah dianggap pembeli menyerahkan semua deposit sekuriti sebagai bayaran belian emas/perak kepada Public Gold dan Public Gold akan menyerahkan emas/perak tersebut kepada pembeli.
Waktu inilah akad jual beli akan berlaku. Emas/perak akan bertukar tangan di Cawangan Public Gold dan Public Gold akan mengeluarkan resit bayaran kepada pembeli.
Semoga penjelasan ini membuatkan anda yakin untuk berjual beli dengan Public Gold.
Wallahu a'lam
No comments:
Post a Comment