Adakah saya Pelabur atau Penyimpan Emas?


“Saya beli 10 gram emas ini dikira sebagai pelabur ke penyimpan emas?”

Ada 2 posisi dalam pembeli emas fizikal yang kita semua perlu tahu iaitu:
  1. Penyimpan emas
  2. Pelabur emas

1.  PENYIMPAN EMAS
Mereka adalah golongan yang sangat faham kepentingan simpan emas fizikal. 

Matlamat mereka hanya satu akan menukar dari bentuk wang kertas kepada emas fizikal untuk kegunaan masa hadapan. 

Jika berlaku kecemasan, emas sebagai ‘backup’ duit. Bawa emas ke Ar Rahnu, gadaikan dan dapat pinjaman tunai segera sebanyak 70% dari nilai semasa.

Antara ciri penyimpan emas adalah:
  1. Mengelak kebocoran simpanan daripada terbelanja kepada benda tak perlu dan dapat kawal sifat boros berbelanja
  2. Emas sebagai simpanan jangka masa panjang dan bukan masa terdekat. 
  3. Emas dapat lindungi kekayaan dari susut nilai yang terkesan akibat inflasi pada setiap tahun. RM10,000 pada 10 tahun lepas, hari ini dan 5 tahun akan datang takkan sama kuasa beli. Setiap tahun ‘purchasing power’ wang kertas makin merosot! 
  4. Emas digunakan apabila kecemasan sahaja. Dana kecemasan 3 bulan gaji dalam bentuk simpanan emas. Dalam jangka masa panjang, kenaikan harga emas sebabkan seolah-olah kita buat tambahan dana.

Strategi yang digunakan oleh penyimpan emas mudah, ada duit lebih alih terus kepada emas. 

Mereka tidak risau harga emas naik atau turun. Kategori ini akan membeli emas secara konsisten dan mereka juga terkenal dengan pepatah emas “semakin banyak gram, semakin tinggi nilai emas”.


2.  PELABUR EMAS
Ramai juga yang ingin menjadi pelabur emas kan? Perlu ingat seorang pelabur beli emas dalam kuantiti yang besar. 

Minima belian emas untuk bergelar sebagai PELABUR EMAS adalah 250 gram ke atas. Kurang dari ini, kita masih seorang penyimpan lagi.

Selalunya golongan ini bertujuan meningkatkan keuntungan  dalam jangka masa sederhana.

Antara ciri-ciri seorang pelabur emas adalah:
  1. Membeli emas ketika harga rendah, Jual ketika harga tinggi.
  2. Mempunyai ilmu teknikal dan fundamental dalam menganalisis pasaran emas dunia.
  3. Menjana keuntungan dengan aktiviti jual beli emas.

Formula mudah bagi seorang pelabur, yang dikejar adalah keuntungan emas. Apabila naik dan bersedia membeli pada harga rendah dalam kuantiti yang besar.

Saya sedia bimbing anda untuk kedua-dua kategori di atas. Masa terbaik beli emas adalah 10 tahun lepas dan masa kedua ialah pada hari ini. 

Herliana Hassan 
Dealer Public Gold 
HP: 012-2728764

No comments:

Post a Comment

Panduan untuk Pengambilan stok Emas di Cawangan Public Gold

Book an appointment for stock collection  Anda yang dah habis buat pembayaran, boleh terus buat appointment secara online dengan menekan lin...