SIMPANAN EMAS, DI MANA UNTUNGNYA????

Apa Untung Menyimpan Emas?

Ini soalan yang selalu ditanya bagi mereka yang tak biasa atau baru nak mula menyimpan emas. Takperlah bertanya dulu sebelum bermula. Taklah kita sesat jalan nanti, walaupun soalan tu nampak simple.

Jangan tak percaya, ada juga yang dah mula menyimpan emas tapi masih lagi tidak jelas mengapa dia menyimpan emas.

Yang dia tahu hanyalah untung.

Untung bagaimana? Dia sendiri pun tak tahu.

Mungkin panduan ini boleh dijadikan pertambahan ilmu bagi anda yang ingin mulakan simpanan emas.

1. Untung Bila Ada Kenaikan Harga Emas :

Sejarah menunjukkan harga emas meningkat secara jangka panjang. 18 tahun yang lepas, harga  emas 1 gram sekitar RM30 hingga RM35. Sekarang harga emas dah pun naik sekitar RM190 hingga RM200/gram.

2. Untung Pertambahan Gram Bila Harga Menurun :

Emas kan harta juga seperti rumah dan tanah. Bezanya bila harganya turun, kita boleh beli banyak-banyak dengan harga yang lebih murah.

3. Untung Bila Duit Tidak Habis :

Emas bila dibeli, kita hanya menukarkan duit menjadi emas. Kita bukan beli barang habiskan duit. Emas kekal di tangan dan tiada tarikh luput.

4. Untung Bila Naluri Berbelanja Dapat Dirawat :

Kita menyimpan duit, naluri berbelanja sangat tinggi. Sebagai ubat, simpanlah emas. Insyallah sedikit demi sedikit kita akan mula menghargai setiap sen daripada pendapatan kita.

5. Untung Bila Terdesak, Emas Boleh Bertukar Menjadi Duit Kecemasan :

Emas senang beli, senang urus, boleh digadai dan memiliki tahap kecairan yang paling tinggi.

6. Untung Dari Sudut Ketahanan Terhadap Inflasi :

Dalam jangka masa pendek, harga emas ada turun naik. Bila harga naik, ia mungkin turun semula. Selepas itu ia akan naik balik secara signifikan. Tidak seperti duit kertas. Nilainya bila dah turun, susah nak naik balik dan pulih kembali seperti sedia kala.

Inilah 6 keuntungan menyimpan emas, bukan sekadar untung “beli harga murah jual harga tinggi”  tetapi banyak lagi keuntungan emas yang ramai tak perasan atau tersirat sifatnya. Keuntungan inilah menjadikan kewangan kita menjadi lebih baik.

Anda nak mula simpan emas?? Hubungi saya untuk maklumat lanjut, saya bantu anda.

Herliana Hassan

No comments:

Post a Comment

Panduan untuk Pengambilan stok Emas di Cawangan Public Gold

Book an appointment for stock collection  Anda yang dah habis buat pembayaran, boleh terus buat appointment secara online dengan menekan lin...