Kenapa perlu simpan Emas?

Anda yang menyimpan Emas mesti tahu apa tujuan simpan emas?Antara tujuannya ialah:

1. Elak simpanan bocor 

Pada permulaan saya mula simpan emas pada tahun 2014, tujuannya nak elak simpanan saya bocor. Bocor ni maksudnya konon simpan 10% setiap bulan, tapi tak pandai kawal nafsu belanja last-last “terguna”.. 

Selepas simpan emas, dah tak bocor lagi dah. Malahan jadi sangat berdisplin, dapat gaji je terus alih ketepi bajet simpan emas. 

Dulu saya pun fikir macam anda,

“Harga rendah aku beli. Harga emas naik, aku jual.” 

Tapi hingga ke hari ini emas saya tak terjual. Sebab kalau perlu tunai, saya cuma emas ke arrahnu untuk selesaikan keperluan. On the spot dapat tunai.

Nanti dah dapat gaji, tebus semula emas dalam tempoh 6-9 bulan.

2. Simpan untuk beli aset hartanah 

Kalau dah pandai menyimpan, nak beli hartanah ni mudah. Sebab ada simpanan untuk dijadikan sebagai deposit. 

Standby at least 15% dari value semasa hartanah. Misalnya harga hartanah RM300,000 maka perlu sediakan minima RM30,000. Kalau convert dalam emas lebih kurang 170 gram!

Beli apartment untuk sewaan, lebihan dari bayar loan bank boleh buat beli emas lagi.

3. Simpan untuk dana pendidikan anak-anak 

Semua kita tahu dan sedar, kos belajar, kos pengajian dari masa ke semasa akan semakin meningkat tinggi. 

Kalau ambik purata kenaikan 6% inflasi setiap tahun, dalam tempoh 15 tahun kos pengajian akan naik hingga 100%! 

Contohnya, hari ini kos pengajian engineering RM40,000, pada 15 tahun akan datang kos akan jadi double sehingga RM80,000. 

Saya tak nak anak-anak terjerat dengan hutang PTPTN, maka saya sedaya upaya simpan dan alih dlm bentuk emas supaya kuasa beli (purchasing power) dlm 15 tahun kelak tak di mamah inflasi. 

Nasi lemak 10 tahun akan datang pun kita tau akan jadi semakin mahal kan? 

Sasarkan simpan 100 gram emas seorang. 



4. Simpanan kecemasan 3-6 bulan gaji 

Jika ada tabung kecemasan ni, at least kita ada 3 ke 6 bulan tempoh untuk cari kerja baru dan maintain apa-apa ansuran bulanan yang perlu dibayar eg kereta, rumah dan nafkah isteri anak. 

Jadi sebagai persediaan, saya alih tabung kecemasan 3-6 bulan gaji dalam bentuk emas fizikal. Kalau gaji anda RM3,000/bulan. Maka perlu ada RM9,000! 

Kalau convert dalam emas lebih kurang 50 gram emas!

5. Income tambahan 

Walaupun saya berpendapatan tetap, orang mungkin anggap sudah mencukupi. Namun kita perlu ingat bahawa langit tak semestinya cerah. Banyak keperluan yang harus diselesaikan, Kalau harapkan gaji semata memang tidak mencukupi. 

Niat saya untuk selesaikan hutang sedia ada secepat mungkin supaya saya dapat maksimumkan lebihan gaji sebagai simpanan. 

Tanggungjawab sebagai Dealer, saya nak orang faham apa konsep sebenar simpan emas.

Anda nak mula simpan emas, boleh je tanya direct kepada saya. Tak perlu segan, saya jugak orang makan gaji seperti anda. 

Saya tahu ramai rakan-rakan di luar sana mempunyai masalah dan impian yang sama. Yang paling penting, anda perlu tahu kalau nak mula simpan emas adalah:

“Mengapa anda nak simpan emas?”

Kalau nak mula simpan emas, sila klik link berikut:


Herliana Binti Hassan
PG00214794

No comments:

Post a Comment

Panduan untuk Pengambilan stok Emas di Cawangan Public Gold

Book an appointment for stock collection  Anda yang dah habis buat pembayaran, boleh terus buat appointment secara online dengan menekan lin...